BERFIKIRAN POSITIF BERSAMA ORANG YG POSITIF AKAN MEMBUAT ANDA BERTAMBAH POSITIF SEKIRANYA ANDA NEGATIF TERHADAP INSAN POSITIF BUKAN SAHAJA ANDA INSAN NEGETIF TETAPI JUGA AKAN MEMILIKI "MISKIN MINDA".
Manusia ini ada bermacam-macam ragam, kadang-kadang banyak duit pun mengeluh apa tah lagi tak berduit.Tapi yang paling malang sekali manusia ini suka sia-siakan peluang dan tak berani mengisi ruang untuk mencuba peluang. Bila kita bagi peluang yang paling baik dan bertapa bagus sekali pun bukanya mereka nak ambil atau merebutnya ataupun bertindak dengan segera tapi disebalik dalam hati kecil mereka selalu berkata "la ko buat la dulu". Kalau orang yang bercakap dan memberi peluang ini paksa minum air sabun sewaktu macam zaman Jepun dulu, bercakap sampai berbuih-buih tapi mereka ni buat dek je! tapi tak pe "LU PIKIR LA SENDIRI"
Dalam perniagaan MLM atau Jualan Langsung ini kita sering jumpa tiga golongan manusia:
1. SAINTIS
2. PENSYARAH
3. PAK PANDIR
4. USAHAWAN 1. GOLONGAN SAINTIS
Apabila kita cakap sahaja perniagaan yang kita bawa ini bagus produknya berkesan dan telah terbukti tapi mereka akan kata "Nanti saya kaji dulu". Kemudian kita bentang dan cakap pula pasal Plan Pemasaran mereka akan kata "ok saya akan selidik dan buat kajian dulu".
2. GOLONGAN PENSYARAH
Golongan ni yang selalu buat kita pening kepala dan kadang kala naik angin, apa tidaknya bila kita bercakap sahaja dia pun menyampuk dan bercakap juga langsung tak beri peluang pada kita nak terangkan apa yang kita bawa.
3. GOLONGAN PAK PANDIR
Golongan ni bagus tak banyak kerenah, tak banyak cakap, tak banyak soal jawap, kalau kita tanya faham dia angguk kepala, kalau kita kata boleh buat dia angguk kepala dan kalau kita kata susah tak nak buat ni dia akan geleng kepala kata tak susah. Tapi bila bagi sahaja Borang ahli untuk di isi baru dia cakap "nanti dulu nak tanya bini la, nak tanya datok la, nenek la, girl freind la" macam-macam alasan dia bagi. Golongan yang tak boleh buat keputusan sendiri.
4. GOLONGAN USAHAWAN
Golongan yang memang kita cari golongan pendengar yang baik, mengambil peluang dan bertindak segera. Berani mengambil risiko 'Smart' Bijak dan pintar. Golongan yang ada berani buat keputusan ada impian, rajin belajar, bertanggungjawab dan berani keluar modal untuk memulakan perniagaan.